APLIKASI HUKUM KANUN MELAKA DAN KESANNYA KEPADA
UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
KESAN HUKUM KANUN MELAKA KEPADA UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
- Perundangan
Kedatangcm agarna Islam telah mempengaruhi sistem
perundangan di Alam Melayu.
Sistem perundangan tempatan turut mengalami perubahan
seperti yang tercatat dalam
Hukum Kilnun Melaka, Adat Pepatih dan Adat Temengung.
Undang-undang adat yang
tidak bertentangan dengan ajaran Agama Islam dikekalkan.
Contohnya hakim boleh
mengunakan budi bicaranya sarna ada menjatuhkan hukuman
potong tangan bagi
kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja.
Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara
sistem perundangan
masyarakat Melayu juga berubah kepada sistem adat dan Islam.
Contohnya Melaka
mempunyai Hukum Kanun Melaka yang meliputi tanah, sungai,
dusun dan setiap tanah
jajahan takluk Melaka. Undang-undang Laut Melaka meliputi
perusahan perkapalan,
perdagangan di laut dan di darat dan kegiatan yang berkaitan
denganya. Kedua-dua
kumpulan undang-undang ini adalah didasarkan kepada hukum
syariah dan juga hukum
adat yang telah wujud sejak dahulu lagi (Zainal Abidin Abdul
Wahid, 192 : 29).
Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam
dilanjutkan dalam pemerintahan
Malaysia hari ini. Perlembagan Malaysia menjadikan urusan
Islam sebagai urusan
negeri. Bidang kuasa tersebut sangat terbatas dan dinyatakan
secara terperinci satu
persatu. Manakala di peringkat negeri terdapat beberapa
undang-undang yang telah
dikuatkuasakan seperti undang-undang pentadbiran Islam,
undang-undang mahkamah29
syariah, undang-undang pentadbiran keluarga Islam,
undang-undang prosedur dan
keterangan, undang-undang sivil, jenayah Islam dan lain-lain
lagi.
Oleh kerana Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang induk
yang meliputi undang- undang lain di dalam negeri-negeri Melayu, amatlah tepat
jika ianya dijadikan contoh
tentang wujudnya pengaruh Islam dalam perundangan. Menurut
beberapa orang
sarjana barat seperti Wiliam R. Rof dan Alfred P. Rubin,
Hukum Kanun Melaka atau
Undang-Undang Melaka pada dasarnya berasaskan Undang-undang
Islam di samping
berpegang kepada hukum akal dan hukum adat.
Pendapat-pendapat tersebut adalah
sejajar dengan perkatan-perkatan yang terdapat di dalam
undang-undang tersebut
antaranya menyebut, ".Mengikut hukum Alah, pada hukum
Alah, menurut dali al- Quran dan menurut amr bi al-ma'ruf wa nahyi'ani
al-munkar". Terdapat juga undang- undang yang berhubung dengan jenayah,
muamalah, kekeluargan, keterangan dan
acara yang berpandukan undang-undang Islam
HUKUM KANUN MELAKA
PENDAHULUAN :
Pembukaan Melaka :
Dibuka oleh Parameswara pada tahun 1402
Berkembang menjadi Bandar Pelabuhan Antarabangsa pada abad
ke15.
Pada tahun 1414 Parameswara memeluk Islam dan agama Islam
mula tersebar .
Latarbelakang Hukum
Kanun Melaka (HKM) :
Disusun dengan lengkap oleh Sidi Ahmad.
Terbahagi kepada dua iaitu Hukum Kanun Melaka ( Undang-undang
Negeri) dan Undang-undang Laut Melaka.
Terdapat pengaruh Islam dan Hindu.
Isi kandungannya meliputi undang-undang Jenayah, Muamalah,
Kekeluargaan, keteranagan dan Acara.
Isi :
Undang-undang Islam dalam Hukum Kanun Melaka
Undang-undang Jenayah- terbahagi kpd 3 bahagian.
Hukum Qisas Dinyatakan sesispa yg mengambil nyawa (membunuh)
orang akan dibalas bunuh.Orang Islam yg membunuh orng kafir tak dikenekan
qisas. Dalam soal mencederakan anggota juga akan dibalas perbuatan yg sama dan
setimpal. Hala ini selari dengan surah al-Maidah ayat 45. Hukum Diat Fasal 17 HKM menyatakan pembunuh dengan
sengaja jika diberi maaf oleh waris akan dikenakan Diat(denda) Hal ini selari
dengan mazhab Shafiee.Hukum Hudud berhubung dengan kesalahan zina,Qazaf,Mencuri,
Minum arak dan Murtad. Sbgai cth kesalahan zina akan direjam sampi mati bagi yg
tlh berkahwin dan disebat 100 x bagi yg belum berkahwin. Hal ini selari dengan
surah anNur ayat 2 dan juga Hadith. Bagi kesalahan Qazaf akan disebat 80x
sebatan.Bagi kesalahan minum arak akan disebat 40x sebatan.Hukum Ta’zir bagi
kesalahan yg tidak dikenakan hudud dan qisas sprit mencuri tak cukup nisab akan
dikenakan ta’zir. Cth akan diminta pulang smula barang yg dicuri atau digantung
dileher dan di arak keliling kampong sebagai pengjaran.
Undang-undang Muamalah,
Ini berhubung dengan jual beli, riba, sewa, pinjam meminjam
ada dinyatakan dalam fasal 30HKM. Cth disebut dengan nyata haramnya riba, tidak
blh berniaga dengan orng gila.
Undang-undang Keluarga
Ini berhubung dengan perkahwinan,perceraian,wali talah dan
sebagainya.Dlm hal ini semuanya selari dengan hukum Islam.
Undang-undang Keterangan dan Acara
Hal ini adalah berkaitan dengan syarat-syarat menjadi Sultan
seperit mesti Islam, adil, pengampun,pemurah dan sebagainy. Disini dinyatakan
juga hakim/ kadi dilarang menerima hadiah.
Penglibatan Ulamak dlm soal pentadbiran negeri disebut
dengan nyata. Ulamak dan Kadi terlibat aktif dalam soal pertabalan,
perkahwianan pemakaman seseorang raja/sultan. Meskipun pengaruh Islam amat ketara
dalam hokum Kanun Melaka, masih terdapat banyak pengaruh Hindu dan adat Melayu
yang bertentangan dengan Islam seperti perkara di bawah.
Undang-undang yg Tidak Selari Dengan Islam :
Sultan berada di atas undang-undang ( Konsep Devaraja)
Hukuman qisas tidak dikenakan kepada sultan/ kerabat raja
contohnya Raja Muhammad telah membunuh
Tun Besar, hukuman dibuang negeri.
Hukuman hudud tidak dikenakan kepada sultan contoh Sultan Mahmud telah berzina dengan isteri
orang.
Mengamalkan Diskriminasi Dalam Undang-undang :
Tidak amalkan persamaan taraf, ini kerana ada larangan memakai warna kuning,
bina rumah seperti
Konsep Daulat dan Tulah :
Amalkan konsep pantang derhaka kepada raja/sultan walaupun
memerintah dengan zalim.
Pengaruh adat Temenggung :
Mengikut Yusuf Hashim hanya 41% sahaja Hukum Kanun Melaka
yang mempunyai Islam dan selebihnya pengaruh daripada Adat Temenggung.
Kesimpulan :
Walaupun HKM
diamalkan dengan meluas di Melaka dan menjadikan Islam sebagai rujukan namun masih ada ruang yang bertentyangan
dengan syarak.
No comments:
Post a Comment