Tuesday 9 September 2014

KEPRIHATINAN MALAYSIA TERHADAP PENCEMARAN ALAM MASA KINI

KEPRIHATINAN MALAYSIA TERHADAP PENCEMARAN ALAM MASA KINI

Antara keprihatinan malaysia terhadap alam sekitar ialah:

  • PENCEMARAN AIR
  1. kerajaan malaysia telah menguatkuasakan undang-undang 
  2. pesalah akan mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya
  3. malaysia juga memastikan media massa dan media elektronik memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai.

  • PENCEMARAN UDARA
  1. Malaysia telah mengurangkan penggunaan dan penjualan minyak berplumbum
  2. melakukan kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuh-tumbuhan 

  • PENCEMARAN DARAT
  1. Malaysia telah mengehadkan pembalakan dengan mewujudkan kuota pembalakan 
  2. menanam semula pokok sebagai langkah pemeliharaan semula hutan bagi tujuan pembalakan di masa hadapan
  3. mewujudkan tabung penanaman semula hutan
  4. mengehadkan eksport kayu balak mentah


  • PENCEMARAN BUNYI
  1. Malaysia telah mengadakan kempen bagi mengurangkan masalah pencemaran bunyi
  2. membuat proses pengukuran bunyi sebelum melakukan sesuatu pembangunan dan pembinaan



contoh-contoh pencemaran alam..

Friday 5 September 2014

KESAN DARURAT

3.3 Kesan DaruratPresentation Transcript

  • i. Undang-undang Darurat 1948 Diperkenalkan kerana kekejaman & keganasan komunis. Tujuan – membendung gerakan kebangsaan berhaluan kiri walaupun bukan bercorak komunis & juga gerakan Min Yuenii. Kelonggaran Syarat Kerakyatan Diberikan kepada orang bukan Melayu tahun 1952. Tujuan – menarik minat mereka supaya tidak memihak kepada komunis
  • iii. British Menyegerakan Pemberian Kemerdekaan. Darurat menjadi faktor penting British memberikan taraf berkerajaan sendiri kepada rakyat TM. Ia disuarakan British sebelum Pertemuan Baling diadakan Tujuan British – supaya PKM tidak mempunyai alas an untuk meneruskan perjuangan merekaiv. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) Merupakan usaha menarik minat orang Cina melibatkan diri dalam politik berhaluan kanan. Kesan;  Orang Cina mula memberi kerjasama & membantu kerajaan membanteras komunis Berjaya mengikis pandangan negatif penduduk tempatan terhadap orang Cina yang menganggap semua orang Cina adalah pengganas komunis.
  • i. Kehidupan Rakyat Tidak Tenteram. Keganasan komunis menyebabkan rakyat tidak dapat menjalankan kegiatan harianii. Kemusnahan Kemudahan Asas Berlaku kemusnahan sistem perhubungan, jentera melombong, kemudahan awamiii. Gangguan Terhadap Buruh Ladang. Keadaan ini menjejaskan pengeluaran sumber ekonomi negara. Ramai pekerja ladang berasa tidak selamat untuk bekerja.
  • iv. Perbelanjaan Kerajaan Meningkat. Kerajaan membelanjakan sebanyak $250 000 hingga $300 000 sehari semasa darurat Dalam tempoh 12 tahun kerajaan membelanjakan sebanyak $721.9 juta bagi tujuan  Membeli peralatan ketenteraan untuk mengukuhkan pertahanan , Memperbesar pasukan keselamatan, menambah bilangan polis, tentera & Home Guard untuk melindungi keselamatan rakyatv. Pembangunan Luar Bandar Terabai. Kerajaan lebih menumpukan perhatian kepada usaha membanteras komunis & darurat Lebih ditumpukan kepada pembangunan di perkampungan baru. Kesan – pembangunan luar Bandar kurang diberi perhatian.
  • i. Kecederaan & Kematian: Ramai anggota pasukan keselamatan, pengganas komunis & orang awam terkorban. Akhir tahun 1950-an jumlah yang dikenal pasti ialah Seramai 21 231 orang awam & tentera terbunuh & cedera. Seramai 6133 orang pengganas komunis terkorbanii. Penduduk Hidup Sengsara & Menderita. Peperangan menentang komunis berlangsung selama 12 tahun. Ia membawa kesengsaraan hidup penduduk Tanah Melayu Antaranya Penduduk sukar bergerak, Sukar mendapat bekalan makanan, Terpaksa mematuhi pelbagai undang2 yang dikenakan kerajaan. Penduduk luar bandar tidak dapat menjalankan aktiviti harian. Pekebun kecil tidak dapat mengusahakan pertanian kerana larangan perintah berkurung.
  • iii. Masalah Hubungan Kaum: Tempoh darurat yang panjang memberi kesan kepada hubungan kaum di Tanah Melayu pada Tahun 1949 ditubuhkan Community Liaison Committee (CLC) atau Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum. Tujuan – mengeratkan kerjasama antara kaum di Tanah Melayuiv. Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Dasar ini berorientasikan kandungan sukatan pelajaran Tanah Melayu sendiri. Tujuan – memupuk cintakan tanah air di kalangan generasi muda. Penggunaan bahasa pengantar yang sama diharapkan dapat memupuk persefahaman antara kaum.

Disediakan oleh:
MOHD SHAHIDAN BIN SHAJID